Soalan ? | Bilakah iklan tawaran HLP bagi Program Subkepakaran dibuat? |
Jawapan | Iklan bagi mengikuti Program Subkepakaran dibuat pada bulan September 2020 melalui laman web rasmi KKM |
Soalan ? | Bagaimana cara untuk mendapatkan borang permohonan bagi mengikuti Program Subkepakaran? |
Jawapan | Borang permohonan beserta tatacara dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun di laman web http://ehlp.moh.gov.my |
Soalan ? | Apakah syarat-syarat bagi permohonan Program Subkepakaran? |
Jawapan | Antara syarat utama permohonan ialah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, mempunyai kelulusan kepakaran yang diiktiraf, telah diwartakan sebagai Pegawai Peruabatan Pakar dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 24 bulan selepas diwartakan. |
Soalan ? | Saya pernah menghantar borang permohonan bagi mengikuti Program Subkepakaran bagi sesi Jan/Julai 2018 tetapi gagal. Saya masih berminat dan ingin memohon semula. Adakah saya perlu memohon semula dengan mengisi borang baru seperti yang diiklankan atau boleh hantar borang terdahulu? |
Jawapan | Pegawai perlu mengisi borang baru seperti di dalam iklan dan menghantar semula ke BPL. |
Soalan ? | Saya pernah menarik diri semasa pengajian sarjana dengan kemudahan HLP kerana mengambil MRCP. Adakah saya masih layak untuk memohon Program Subkepakaran? |
Jawapan | Tidak layak. Pegawai mestilah tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus tajaan Kerajaan Malaysia. |
Soalan ? | Bolehkah saya menghantar borang permohonan selepas tarikh tutup atas sebab saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ulasan Ketua Jabatan menyebabkan borang permohonan saya tidak lengkap? |
Jawapan | Tidak boleh. Borang permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup permohonan. BPL tidak bertanggungjawab di atas kegagalan pegawai mengemukakan borang pada masa yang ditetapkan. |
Soalan ? | Bolehkah saya menghantar laporan referee secara berasingan? |
Jawapan | Tidak boleh. Laporan referee hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dilakerikan (seal) serta dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan. |
Soalan ? | Adakah BPL akan membuat pemakluman keputusan kepada calon yang Berjaya mengikuti Program Subkepakaran? |
Jawapan | Ya. Pemakluman akan dibuat melalui emel kepada calon yang Berjaya sahaja. |
Soalan ? | Permohonan saya untuk mengikuti Program Subkepakaran adalah gagal. Bolehkah saya membuat rayuan? |
Jawapan | Tidak boleh. Sebarang keputusan adalah muktamad. |
Soalan ? | Bagaimanakah pemilihan calon untuk Program Subkepakaran dilaksanakan? |
Jawapan | Tapisan dibuat sebanyak 3 peringkat iaitu tapisan pertama (syarat-syarat umum), tapisan kedua (teknikal) oleh Ketua Perkhidmatan dan tapisan ketiga (kelulusan KSU). |
Soalan ? | Apakah kesan jika saya menolak tawaran? |
Jawapan | Pegawai tidak layak memohon dalam tempoh 2 tahun. |