Soalan ? | Bagaimana saya boleh memohon Cuti Belajar (CB)/ Program Latihan Kepakaran (PLK) Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)? |
Jawapan | Pegawai perlu melayari laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my mengikut tempoh iklan yang ditetapkan. Iklan bagi sesi akademik 2023/ 2024 akan dibuka pada 31 Oktober 2022. |
Soalan ? | Apakah syarat-syarat bagi permohonan? |
Jawapan | Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat pemberian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-
|
Soalan ? | Sekiranya saya baru mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan atau Medical Specialist Pre-Entrance Examination (MedEx) pada tahun 2022, bolehkah saya memohon pada iklan tawaran Sesi akademik 2022/2023? |
Jawapan | Boleh. Pegawai yang telah melepasi saringan pertama akan dianggap berjaya melepasi syarat umum. Walau bagaimanapun pegawai hanya akan dipanggil untuk sesi temu duga sekiranya telah melepasi syarat MedEx yang telah ditetapkan mengikut syarat khusus bidang yang dimohon. |
Soalan ? | Bagaimanakah cara-cara memohon? |
Jawapan | Sila rujuk panduan dan manual di Bahagian Makluman pada sistem eHLP. Pegawai diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi permohonan dalam sistem eHLP |
Soalan ? | Bilakah tarikh tutup permohonan? |
Jawapan | Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya bagi Sesi Akademik Tahun 2023/2024. Sila rujuk tarikh-tarikh penting pada Syarat Tawaran di sistem eHLP. |
Soalan ? | Siapakah Ketua Jabatan saya? |
Jawapan | Senarai Ketua Jabatan adalah tertakluk dalam Syarat Tawaran (mengikut program masing-masing). Sila pastikan emel Ketua Jabatan adalah betul kerana emel ini akan digunakan untuk penghantaran pautan sokongan. |
Soalan ? | Adakah saya perlu menghantar permohonan secara hard copy? |
Jawapan | Tiada dokumen hard copy yang perlu dihantar memandangkan permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya. |
Soalan ? | Saya telah menekan butang di dalam sistem permohonan dan kemudian mendapati maklumat yang diisi adalah salah, apa yang perlu saya lakukan? |
Jawapan | Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang simpan terlebih dahulu dan mengemaskini sebarang maklumat sebelum menekan butang hantar. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Unit Sumber Manusia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat perkhidmatan seperti tarikh lantikan, LNPT dan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji kerana jika pengisian tidak tepat menyebabkan permohonan [TIDAK BERJAYA]. |
Soalan ? | Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP? |
Jawapan | Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran |
Soalan ? | Bagaimanakah cara untuk saya menyemak kelayakan untuk ditemu duga? |
Jawapan | Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran. Pemohon hendaklah peka dengan tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pindaan tarikh akan diumumkan di sistem eHLP. |
Soalan ? | Adakah penolakan tawaran CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP ini akan disenarai hitamkan? |
Jawapan | Ya, pegawai akan disenarai hitamkan selama dua kali penawaran jika menolak tawaran tersebut. |
Soalan ? | Bolehkah pegawai menukar latihan penempatan? |
Jawapan | Tidak boleh, pegawai perlu mematuhi dengan latihan penempatan yang telah ditetapkan. |
Soalan ? | Jika pegawai telah menerima surat tawaran bersyarat dari BPL, apakah yang perlu dilakukan?
|
Jawapan | Pegawai perlu mengemukakan dokumen mengikut senarai semak ke BPL untuk pengeluaran surat kelulusan. |
Soalan ? | Bagaimanakah perjanjian bagi pegawai CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh diperolehi? |
Jawapan |
Perjanjian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh dimuat turun di sistem eHLP setelah calon berjaya mengesahkan penerimaan tawaran. |
Soalan ? | Adakah pegawai akan ditempatkan di Jawatan Simpanan Latihan (JSL) secara automatik atau perlukah PTJ memohon ke BPL? |
Jawapan |
Penempatan ke JSL adalah bukan secara automatik dan tidak perlu permohonan dari PTJ. Kelulusan penempatan ke JSL mulai tahun 2019 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Cuti Belajar ke JSL, KKM |
Soalan ? | Adakah dibenarkan penangguhan sebelum memulakan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP? |
Jawapan | Pegawai tidak dibenarkan penangguhan sebelum memulakan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP. |
Soalan ? | Sekiranya saya tidak berjaya bagi permohonan sesi 2022/2023, bilakah saya boleh memohon untuk sesi 2023/2024? |
Jawapan | Pegawai yang tidak berjaya bagi permohonan sesi 2022/2023 boleh memohon bagi iklan tawaran sesi 2023/2024 yang dijangka akan dibuka pada September 2022. Pegawai yang berminat dimohon membuat semakan dari semasa ke semasa di sistem eHLP bagi pengumuman iklan tawaran berkenaan. |
Soalan ? | Bagaimanakah saya boleh hubungi BPL? |
Jawapan |
|
Soalan ? | Apakah maksud Program Latihan Kepakaran (PLK)? |
Jawapan | “Program Latihan Kepakaran” bermakna kemudahan latihan dengan pelepasan khas yang diluluskan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Lantikan Kontrak KKM bagi mengikuti pengajian Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian atau Parallel Pathway di institusi dalam negara/ luar negara. Dalam tempoh latihan tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan. |
Soalan ? | Adakah kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi? |
Jawapan | Kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian sahaja bagi tempoh empat (4) tahun. |
Soalan ? | Bolehkah saya memohon Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway pada masa yang sama? |
Jawapan | Tidak boleh. Pegawai hanya layak memilih satu PLK sahaja bagi satu permohonan mengikut iklan tawaran yang dikeluarkan oleh BPL, KKM. |
Soalan ? | Apakah kaedah saringan bagi permohonan PLK? |
Jawapan | Kaedah saringan akan dimaklumkan oleh BPL, KKM melalui iklan tawaran bagi PLK. Calon yang memenuhi syarat boleh memohon penajaan mengikuti PLK melalui Sistem eHLP di www.ehlp.moh.gov.my. Calon-calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang Bahagian Pengurusan Latihan KKM dan Sistem eHLP bagi maklumat pembukaan iklan tawaran dan syarat-syarat permohonan. |
Soalan ? | Adakah saya layak memohon penajaan PLK sekiranya saya telah memulakan pengajian kepakaran Parallel Pathway di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP)? |
Jawapan | Pegawai layak memohon tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Penajaan hanya akan diberikan mengikut baki tempoh latihan dan tidak termasuk kos yang telah dibayar oleh pegawai. |
Soalan ? |
Adakah semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian layak ditawarkan kontrak PLK secara automatik? |
Jawapan | Hanya pegawai yang berjaya melepasi saringan PLK layak ditawarkan kontrak PLK. Bagi pegawai yang mendapat tawaran pengajian dalam tempoh dua (2) tahun kontrak, tawaran kontrak empat (4) tahun ditawarkan selepas kontrak dua (2) tahun tamat. |
Soalan ? | Bagaimana penempatan pegawai dalam tempoh kontrak PLK? |
Jawapan | Bagi Program Sarjana Perubatan/Pergigian, pegawai akan ditempatkan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Manakala bagi Program Parallel Pathway, penempatan pegawai akan dikekalkan di penempatan sedia ada. Walau bagaimanapun, Program berkaitan boleh membuat pertimbangan sewajarnya agar pegawai diberi penempatan berdasarkan bidang yang telah dipilih. . |
Soalan ? | Sekiranya pegawai membuat penangguhan pengajian disebabkan cuti sakit atau bersalin dalam tempoh PLK, apakah yang akan terjadi kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh penangguhan tersebut? |
Jawapan | Kontrak perkhidmatan pegawai akan diteruskan dalam tempoh penangguhan tersebut (maksimum 6 bulan). Walau bagaimanapun sekiranya tempoh (cuti sakit atau cuti bersalin) telah tamat awal, maka pegawai perlu ditempatkan ke mana-mana fasiliti KKM hingga tempoh penangguhan pengajian tamat. |
Soalan ? | Saya telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan Kontrak pada tahun 2017 dan telah dilantik tetap pada tahun 2020 namun masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya layak memohon PLK? |
Jawapan | Pegawai Perubatan/ Pergigian KKM Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2018 yang dilantik tetap sehingga 31 Disember 2020 tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan adalah layak memohon CBBP dengan/ tanpa HLP. |
Soalan ? | Adakah saya masih dianggap sebagai Penjawat Awam dalam tempoh PLK? |
Jawapan | Ya. Pegawai masih dianggap Penjawat Awam semasa dalam tempoh PLK dan tertakluk kepada Peraturan – peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) serta dasar-dasar lain yang berkuatkuasa. |
Soalan ? | Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal dalam tempoh pengajian atau melanggar mana-mana syarat perjanjian penajaan PLK? |
Jawapan |
Pegawai akan dikenakan penalti/ ganti rugi seperti jadual di bawah: SARJANA PERUBATAN DAN SARJANA PERGIGIAN : RM350,000.00 PARALLEL PATHWAY Dalam Negara : RM350,000.00 PARALLEL PATHWAY Hibrid (Dalam Negara dan Luar Negara) : RM 700,000.00
|